Maraton Berlin 2022

Maraton Berlin 2022 ialah edisi ke-48 perlumbaan maraton tahunan di Berlin, yang berlangsung pada Ahad, 25 September 2022.[1][2][3][4] Sebagai satu maraton label platinum elit, ia merupakan maraton pertama daripada empat acara Maraton Major Dunia yang akan diadakan dalam tempoh enam minggu.[5][6] 45,527 pelari dengan 34,879 penamat dari 157 negara telah mengambil bahagian dalam acara tersebut.[7]Pelari Kenya, Eliud Kipchoge mencipta rekod dunia maraton baharu, dengan memenangi perlumbaan dengan catatan masa 2:01:09, dan mengalahkan rekod terdahulu milik dirinya pada empat tahun lalu di Berlin, sebanyak 30 saat pantas.[3] Ini ialah kemenangan keempat Kipchoge di Maraton Berlin, menjadikannya pelari kedua untuk memenangi perlumbaan empat kali, selepas pelari Habsyah Haile Gebrselassie.[2][3][6]Bagi kategori wanita, pelari Habsyah, Tigist Assefa memenangi perlumbaan dengan masa 2:15:37, mencipta rekod baru di Berlin dengan perlumbaan maraton keduanya.[3] Catatan Assefa juga merupakan catatan masa maraton wanita ketiga terpantas kini, dan memecahkan rekod peribadinya sebanyak lebih 18 minit.[8][9]Atlet kerusi roda Switzerland Marcel Hug meraih kemenangan Maraton Berlin ketujuhnya dengan catatan masa 1:24:56, manakala seorang lagi atlet kerusi roda Switzerland, Catherine Debrunner, memenangi perlumbaan dengan masa 1:36:47 dalam penampilan sulung maratonnya.[3]

Rujukan

WikiPedia: Maraton Berlin 2022 http://archive.today/20220925111846/https://www.th... http://archive.today/20220925160648/https://www.ru... https://www.bmw-berlin-marathon.com https://www.bmw-berlin-marathon.com/impressionen/s... https://www.runnersworld.com/news/a41372784/berlin... https://www.theguardian.com/sport/2022/sep/25/eliu... https://archive.today/20220924071930/https://www.b... https://archive.today/20220924072000/https://www.w... https://archive.today/20220924072049/https://olymp... https://archive.today/20220924072051/https://runni...